Parlimen Maya Malaysia
Written by yusmadi on September 23, 2009 – 12:57 pm -
Setahun lebih diberi peluang oleh rakyat berada di Parlimen banyak yang saya lihat dan pelajari. Antaranya, Parlimen Malaysia sekarang belum mampu membawa aspirasi ‘government of the people, by the people and for the people’. Maksud saya kekadang aspirasi dan suara rakyat tak dapat dibahaskan sewajarnya dek kerna kerterbatasan masa, budaya yg lama dan perlu perobahan, keterbatasan sumber dan masa, kekangan politik ‘zero sum’ menang jadi arang kalah jadi abu, seniority, ketua whip, konvensi westminister, media berat sebelah, procedur ketat aturan mesyuarat, sikap culas kehadiran menteri dan wakil rakyat di dewan, sikap main-main, sikap kepartian yang sempit etc.
Saya merasakan perlu diwujudkan satu ruang yang lebih mengambarkan aspirasi demokrasi rakyat yang ‘terputus’ disebabkan permasalahan di atas. Teknologi maklumat seperti Facebook memungkinkan segala permasalahan yang saya sebutkan dapat dikurangkan. Mari kita cuba ruang Parlimen Maya Malaysia.
Posted in Uncategorized |


September 26th, 2009 at 9:38 am
saya setuju,barulah kami (baca;rakyat) tidak terpinga2 dengan apa yang sebenarnya berlaku. supaya kami tidak buta tuli dan tidak hanya terlibat dengan pemerintahan negara pada hari pilihan raya yang maha satu itu sahaja.