Jangan Diskriminasikan Parajurit Kita Di Bagan Pinang

Written by yusmadi on September 22, 2009 – 8:37 am -

JANGAN DISKRIMINASIKAN PARAJURIT KITA DI BAGAN PINANG: TIADA ALASAN BERPERLEMBAGAAN YANG MEMBENARKAN UNDI POS DIGUNAKAN DI SANA

 

Semua warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama di bawah Perlembagaan dan undang-undang Negara. Hanya Perlembagaan sahaja yang akan membenarkan keadaan-keadaan tertentu di mana sesuatu tanggungjawab perundangan boleh disempurnakan di dalam keadaan yang berbeza daripada tanggungan warganegara yang lain. Sejarah perundangan menunjukkan undi pos hanya dibenarkan di dalam beberapa keadaan tertentu yang tidak memungkin warga tersebut boleh mengundi seperti warga yang lain. Seperti tanggungjawab parajurit yang terlibat di medan perang seperti yang dilakukan pada tahun 1918 di England melalui Representation of the People Act 1918 yang berlatar belakangkan keadaan perang semata-mata di atas alasan “by reason of the nature of their occupation … from voting at a poll”.

 

Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menetapkan bahawa kesaksamaan semua di bawah undang-undang. Dengan mengenakan undi pos kepada warga dan kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah di bawah perlembagaan akan terjumlah kepada diskriminasi terhadap warga dan kelompok tersebut. Di dalam hal ini saya yakin ramai di kalangan warga dan kelompok tersebut seperti tentera dan polis yang tahu kan hak mereka mahu menunaikan tanggungjawab mengundi seperti mana warga yang lain tanpa sebarang diskriminasi oleh pihak SPR. Apatah lagi sekiranya ianya dibuat secara paksa dan bukanlah melalui pilihan warga tersebut.

 

Bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi tersebut saya mencadangkan agar warga dan kelompok yang sebelum ini terpaksa mengundi secara pos dibenarkan untuk mengundi secara biasa ataupun diberi pilihan samada mahu mengundi secara biasa atau pun secara pos memandangkan keadaan semasa membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti warganegara yang lain tanpa sebarang diskriminasi.

 

Di dalam hal ini saya berpendapat bahawa keadaan-keadaan yang membenarkan undi pos digunakan di Bagan Pinang tidak wujud untuk memberi alasan yang munasabah agar undi pos boleh digunakan. Saya tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini ke Mahkamah sekiranya SPR tidak mengambil tindakkan segera seperti yang dicadangkan iaitu memberi pilihan kepada warga dan kelompok yang didiskriminasi secara paksa untuk mengundi secara pos dan bukan dengankaedah undi secara biasa.

 

 

 

YUSMADI YUSOFF

Ahli Parlimen Balik Pulau

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Pulau Pinang

+6012-3093469 yusmadi.yusoff@gmail.com

www.yusmadi.com  


Posted in Uncategorized |

3 Comments to “Jangan Diskriminasikan Parajurit Kita Di Bagan Pinang”

  1. Hakimi bin Abdul Jabar Says:

    Y.B. Yusmadi dan semua warga,

    Izinkan saya menulis dalam dwibahasa sebagai menghormati bahasa kebangsaan tanahair kita, Bahasa Malaysia/Melayu dan juga bahasa perutusan global dewasa kini, Bahasa Inggeris.

    Setelah kali terakhir saya memasuki alam maya dengan tujuan satu-satunya saya memasuki alam maya hanyalah untuk menulis komen-komen dalam blog Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    Saya sememangnya bersetuju dengan natijah kupasan Yusmadi.

    Saya mendengar dengan khusyuk ucapan Presiden Obama di PBB kelmarin.

    Pada hemah saya, ucapan beliau ada kepincangan. Undang-undang antarabangsa dan munisipal hanya akan telus dan bertanggungjawab sekiranya ‘doctrine of equity and justice’ juga digunapakai. Doktrin ini tidak bertentangan malahan berketepatan dengan jurisprudens Islam.
    http://74.125.153.132/search?q=cache:ubgFBE9_jtQJ:www.agc.gov.my/agc/pdf/speech/KEYNOTE%2520ADDRESS.pdf+doctrine+of+equity+ahmad+ibrahim&cd=4&hl=en&ct=clnk&gl=my

    Sebagai contoh, bukankah konsep ‘territorial sovereignty’ satu bentuk wacana ekuiti? Bukankah sesebuah negara yang melaksanakan pelan perancangan sumber tenaga bersih dan berkesinambungan (clean and renewable energies) demi pengurangan emisi karbon untuk kebaikan rakyatnya dalam kedaulatannya?

    Doktrin ini juga seharusnya dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang di Malaysia. Pelbagai maxim undang-undang seperti ‘Law is a shield not a sword’, ‘Unjust laws are null and void ab initio’ : seharusnya dipantau dari sudut perundangan oleh wakil-wakil rakyat.

    Oleh demikian, bukankah mana-manapun negara dan kerajaan yang gagal menuruti undang-undang antarabangsa tidak mempunyai suara moral dan etika untuk melaksanakan undang-undang munisipal?

    Yang ikhlas,
    Hakimi bin Abdul Jabar
    Kuala Lumpur, Malaysia

  2. Hakimi bin Abdul Jabar Says:

    Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan semua warga,

    Izinkan saya menulis dalam dwibahasa sebagai menghormati bahasa kebangsaan tanahair kita, Bahasa Malaysia/Melayu dan juga bahasa perutusan global dewasa kini, Bahasa Inggeris.

    Setelah kali terakhir saya memasuki alam maya dengan tujuan satu-satunya saya memasuki alam maya hanyalah untuk menulis komen-komen dalam blog Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    Saya sememangnya bersetuju dengan natijah kupasan Yusmadi.

    Saya mendengar dengan khusyuk ucapan Presiden Obama di PBB kelmarin.

    Pada hemah saya, ucapan beliau ada kepincangan. Undang-undang antarabangsa dan munisipal hanya akan telus dan bertanggungjawab sekiranya ‘doctrine of equity and justice’ juga digunapakai. Doktrin ini tidak bertentangan malahan berketepatan dengan jurisprudens Islam.
    http://74.125.153.132/search?q=cache:ubgFBE9_jtQJ:www.agc.gov.my/agc/pdf/speech/KEYNOTE%2520ADDRESS.pdf+doctrine+of+equity+ahmad+ibrahim&cd=4&hl=en&ct=clnk&gl=my

    Sebagai contoh, bukankah konsep ‘territorial sovereignty’ satu bentuk wacana ekuiti? Bukankah sesebuah negara yang melaksanakan pelan perancangan sumber tenaga bersih dan berkesinambungan (clean and renewable energies) demi pengurangan emisi karbon untuk kebaikan rakyatnya dalam kedaulatannya?

    Doktrin ini juga seharusnya dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang di Malaysia. Pelbagai maxim undang-undang seperti ‘Law is a shield not a sword’, ‘Unjust laws are null and void ab initio’ : seharusnya dipantau dari sudut perundangan oleh wakil-wakil rakyat dan sekalian rakyat. Seperti contoh Rang undang-undang DNA dan sebagainya. Prof. Aziz Bari mungkin banyak pandangan.

    Oleh demikian, bukankah mana-manapun negara dan kerajaan yang gagal menuruti undang-undang antarabangsa tidak mempunyai suara moral dan etika untuk melaksanakan undang-undang munisipal?

    Dalam pada itu, saya berpendapat kesemua wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat seharusnya bersatu dan memastikan ‘the winds of change that are effectuating the ship of equity and justice named ‘Pakatan Rakyat’ terus berkesinambungan demi keutuhan dan pendahuluan rakyat!’

    Sebagai contoh, bukankah kerajaan negeri Kelantan dipilih secara majoriti oleh rakyat Kelantan? Sekiranya kerajaan negeri Kelantan ingin melaksanakan enakmen hudud di Kelantan, bukankah itu merupakan mandat aspirasi demokratik rakyat Kelantan? Jangan kita bersifat hipokrit!

    Saya ‘pro-demokrasi’ dan ‘pro-equity & justice’. Sebab itu, saya percaya keampuhan prinsip-prinsip Pakatan Rakyat!

    Y.B. Zulkifli Nordin sepatutnya mengusulkan rang undang-undang Akta Penyelerasan Rumah-rumah Ibadat bersama-sama kesemua wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang berlainan keturunan etnik dan anutan agama untuk menangani isu kuil Hindu di Selangor. Ini akan menunjukkan Pakatan Rakyat sentiasa komited dan berintegriti dalam menangani pelbagai masalah yang wujud dan akan wujud demi PENDAHULUAN RAKYAT!

    Pakatan Rakyat adalah umpama parti Demokrat Amerika Syarikat. Manakala lawannya, umpama dinosaur lama, iaitu parti Republikan Amerika Syarikat.

    Yang ikhlas,
    Hakimi bin Abdul Jabar
    Kuala Lumpur, Malaysia

  3. Hakimi bin Abdul Jabar Says:

    Y.B. Yusmadi dan semua warga,

    Izinkan saya menulis dalam dwibahasa sebagai menghormati bahasa kebangsaan tanahair kita, Bahasa Malaysia/Melayu dan juga bahasa perutusan global dewasa kini, Bahasa Inggeris.

    Setelah kali terakhir saya memasuki alam maya dengan tujuan satu-satunya saya memasuki alam maya hanyalah untuk menulis komen-komen dalam blog Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Yusmadi sendiri, saya memasuki dunia alam maya untuk menulis komen-komen di sini dan blog Y.B. Teresa Kok.

    Sebab itu saya mempertahankan hak-hak hidup/kehidupan dan kebebasan yang sekian termaktub hak-hak untuk mengundi secara bebas dan berdikari tanpa perasaan takut dan gelisah dalam negara demokrasi berperlembagaan yang berpaksikan raja berperlembagaan ini.

    Lagipun bukankah apa-apapun sistem demokrasi yang wujud seharusnya bercambah dengan progresif untuk memekarkan demokrasi?

    Saya percaya para perajurit berhak mendapat hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Perkara 8 sepertimana warga-warga Malaysia yang lain.

    Di samping ini, saya juga ingin mengucapkan rakaman kesedihan dan takziah kepada segala mangsa dan keluarga mangsa bencana-bencana alam yang melanda di dunia ketika ini serta mengungkapkan ucapan terima kasih kepada kesemua perajurit dan insan yang membantu segala mangsa dan keluarga mangsa bencana-bencana alam yang melanda di dunia ketika ini.

    Yang ikhlas,
    Hakimi bin Abdul Jabar
    Kuala Lumpur, Malaysia

Leave a Comment