Kontrovesi Isu Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang

Written by yusmadi on September 29, 2009 – 8:49 am -

Hari ini saya dihujani dengan email dan sms daripada pelbagai pihak termasuk pimpinan parti saya dan teman-teman penyokong Pakatan yang membaca laporan akhbar di dalam Berita Harian halaman 6 bertarikh 29 September 2009 bertajuk “Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir ikut formula baru“.

Ingin saya jelaskan di sini bahawa saya tidak pernah sekali-kali membangkitkan isu jawatan KM DIGILIR ikut formula baru. Saya memberi pandangan berlatar belakangkang sambutan hari raya yang antara lain menunjukkan bahawa terdapat penerimaan masyarakat terhadap citra kepimpinan politik baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2009. Kunjungan rakyat berbilang kaum ke rumah-rumah terbuka anjuran pimpinan Pakatan Rakyat tidak kira bangsa seperti yang dianjurkan oleh pimpinan PKR, DAP dan PAS menggambarkan bahawa formula kepimpinan yang digunakan oleh BN/UMNO yang mengangkat agenda perkauman telah ditolak. Saya cadangkan kenyataan saya dibaca tanpa TAJUK dan Tafsiran yang diberikan oleh akhbar, tetapi fokus kepada petikan (quotation) yang digunakan yang lebih menggambarkan kenyataan saya yang sebenar. Saya yakin pembaca sekalian mempunyai kematangan untuk membezakan apa yang benar dan apa yang salah.

Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir ikut formula baru (Tafsiran media)

Beri peluang kepada semua kaum pegang jawatan Ketua Menteri (Tafsiran media)

KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum menjadi pemimpin selaras prinsip perjuangan gagasan Pakatan Rakyat (PR), keadilan untuk semua. (Tafsiran media)

Ketua Pemuda PKR yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff, berkata formula politik baru itu perlu bagi menggantikan formula Barisan Nasional (BN) dan Perikatan yang memberi jawatan tertinggi itu hanya kepada kaum Cina dan jawatan timbalan ketua menteri kepada kaum Melayu. (Tafsiran media)

Beliau berkata, sebagai rakan pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum dan menolak politik perkauman sempit, sudah sampai masanya formula itu ditukar bagi memberi peluang kepada semua kaum menjadi ketua menteri. (Tafsiran media yang mana saya tidak langsung merujuk kepada formula bergilir) 

“Pulau Pinang sejak dulu lagi terperangkap dengan formula BN dan Perikatan yang menjadi asas politik perkauman dengan memberi jawatan Ketua Menteri kepada kaum Cina semata-mata atas alasan kaum majoriti di negeri ini.

“Politik baru Pakatan Rakyat tidak menjadikan kaum sebagai alasan utama, orang Melayu atau India pun boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Peluang itu terbuka kepada semua dan saya yakin masyarakat di sini juga sudah dapat membezakan prinsip keadilan dan kemanusiaan berbanding fahaman agenda sempit dan perkauman yang diamalkan parti kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. (kenyataan saya yang merujuk kepada perbezaan normatif dan prinsip kepimpinan politik Pakatan Rakyat yang mengangkat prinsip keadilan untuk semua dan menolak politik perkauman berbanding BN)

Mohd Yusmadi percaya kepemimpinan tertinggi pakatan termasuk DAP, PKR dan Pas dapat menerima pandangan itu dan melaksanakannya. (Tafsiran media)

“Tidak ada masalah (pelaksanaan), sebab mereka (PR) turut mengangkat agenda keadilan dan menolak prinsip perkauman seperti Pas yang melaungkan slogan Pas untuk semua. (suntingan petikan yang tidak lengkap- kenyataan saya ialah Pakatan Rakyat yang mengangkat prinsip keadilan untuk semua dan menolak politik perkauman tidak akan terperangkap dengan model kepimpinan ala BN/UMNO)

“PKR sendiri adalah parti yang menolak agenda perkauman dengan mengangkat agenda keadilan dan ini dibuktikan melalui kepemimpinan kami yang diterima rakyat tanpa mengira kaum, katanya. (kenyataan saya yang menngangkat dasar PKR keadilan untuk semua dan perkataan ‘Kami’ yang digunakan sebenarnya ialah ‘Anwar Ibrahim’ yang saya katakan sebagai conton pemimpin yang diterima oleh semua rakyat bukan di atas sebab perkauman tetapi keadilan untuk semua. Contoh tersebut tidak digunakan)

Beliau yang mewakili golongan muda di negeri itu juga yakin formula baru itu dapat dilaksanakan menerusi pendekatan tolak ansur antara pemimpin dalam pakatan. (Tafsiran media - kenyataan sebenar saya ialah prinsip politik Pakatan Rakyat mendapat tempat anak muda yang menolak politik perkauman dan bukan “tolak ansur” seperti yang dilaporkan. Saya tidak pernah menggunakan perkataan tolak ansur)

“Saya yakin inilah citra politik yang dimahukan rakyat Malaysia, iaitu kepemimpinan politik tidak kira kaum Melayu, Cina dan India,” katanya. (kenyataan saya yang menunjukkan perkembangan sihat politik Pakatan Rakyat yang menolak politik perkauman)

Ditanya pandangannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang sedia ada, Lim Guan Eng, Yusmadi berkata, Lim sekarang berusaha keras memenangi hati rakyat dengan memberi keutamaan kepada pelbagai aspek dan usahanya itu diterima baik semua pihak.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan teman-teman dan pembaca. Saya yakin apa yang dikatakan “Liberation is a tough a job”.

 

Yusmadi Yusoff

Ahli Parlimen Malaysia (Balik Pulau)

Ketua AMK Pulau Pinang


Posted in Uncategorized | 2 Comments »

Parlimen Maya Malaysia

Written by yusmadi on September 23, 2009 – 12:57 pm -

Setahun lebih diberi peluang oleh rakyat berada di Parlimen banyak yang saya lihat dan pelajari. Antaranya, Parlimen Malaysia sekarang belum mampu membawa aspirasi ‘government of the people, by the people and for the people’. Maksud saya kekadang aspirasi dan suara rakyat tak dapat dibahaskan sewajarnya dek kerna kerterbatasan masa, budaya yg lama dan perlu perobahan, keterbatasan sumber dan masa, kekangan politik ‘zero sum’ menang jadi arang kalah jadi abu, seniority, ketua whip, konvensi westminister, media berat sebelah, procedur ketat aturan mesyuarat, sikap culas kehadiran menteri dan wakil rakyat di dewan, sikap main-main, sikap kepartian yang sempit etc.

Saya merasakan perlu diwujudkan satu ruang yang lebih mengambarkan aspirasi demokrasi rakyat yang ‘terputus’ disebabkan permasalahan di atas. Teknologi maklumat seperti Facebook memungkinkan segala permasalahan yang saya sebutkan dapat dikurangkan. Mari kita cuba ruang Parlimen Maya Malaysia.


Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Jangan Diskriminasikan Parajurit Kita Di Bagan Pinang

Written by yusmadi on September 22, 2009 – 8:37 am -

JANGAN DISKRIMINASIKAN PARAJURIT KITA DI BAGAN PINANG: TIADA ALASAN BERPERLEMBAGAAN YANG MEMBENARKAN UNDI POS DIGUNAKAN DI SANA

 

Semua warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama di bawah Perlembagaan dan undang-undang Negara. Hanya Perlembagaan sahaja yang akan membenarkan keadaan-keadaan tertentu di mana sesuatu tanggungjawab perundangan boleh disempurnakan di dalam keadaan yang berbeza daripada tanggungan warganegara yang lain. Sejarah perundangan menunjukkan undi pos hanya dibenarkan di dalam beberapa keadaan tertentu yang tidak memungkin warga tersebut boleh mengundi seperti warga yang lain. Seperti tanggungjawab parajurit yang terlibat di medan perang seperti yang dilakukan pada tahun 1918 di England melalui Representation of the People Act 1918 yang berlatar belakangkan keadaan perang semata-mata di atas alasan “by reason of the nature of their occupation … from voting at a poll”.

 

Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menetapkan bahawa kesaksamaan semua di bawah undang-undang. Dengan mengenakan undi pos kepada warga dan kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah di bawah perlembagaan akan terjumlah kepada diskriminasi terhadap warga dan kelompok tersebut. Di dalam hal ini saya yakin ramai di kalangan warga dan kelompok tersebut seperti tentera dan polis yang tahu kan hak mereka mahu menunaikan tanggungjawab mengundi seperti mana warga yang lain tanpa sebarang diskriminasi oleh pihak SPR. Apatah lagi sekiranya ianya dibuat secara paksa dan bukanlah melalui pilihan warga tersebut.

 

Bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi tersebut saya mencadangkan agar warga dan kelompok yang sebelum ini terpaksa mengundi secara pos dibenarkan untuk mengundi secara biasa ataupun diberi pilihan samada mahu mengundi secara biasa atau pun secara pos memandangkan keadaan semasa membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti warganegara yang lain tanpa sebarang diskriminasi.

 

Di dalam hal ini saya berpendapat bahawa keadaan-keadaan yang membenarkan undi pos digunakan di Bagan Pinang tidak wujud untuk memberi alasan yang munasabah agar undi pos boleh digunakan. Saya tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini ke Mahkamah sekiranya SPR tidak mengambil tindakkan segera seperti yang dicadangkan iaitu memberi pilihan kepada warga dan kelompok yang didiskriminasi secara paksa untuk mengundi secara pos dan bukan dengankaedah undi secara biasa.

 

 

 

YUSMADI YUSOFF

Ahli Parlimen Balik Pulau

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Pulau Pinang

+6012-3093469 yusmadi.yusoff@gmail.com

www.yusmadi.com  


Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin

Written by yusmadi on September 18, 2009 – 6:04 am -

 

Jemput hadir ke Rumah Terbuka saya di Komplek Sukan Balik Pulau, pada hari raya pertama bermula daripada pukul 11 pagi hingga 3 petang. Dapatkan Majalah Stadium edisi khas percuma di lokasi yang sama.  

 


Posted in Uncategorized | 2 Comments »

MB, AG square off over ‘office hours only’ order

Written by yusmadi on September 10, 2009 – 9:19 am -

Yusmadi Yusoff argues that AG’s Chambers only has the power to prosecute. - Picture by Choo Choy May

By Debra Chong(The Malaysian Insider)

SHAH ALAM, Sept 8 – The Pakatan Rakyat-ruled Selangor state government’s move to protect its employees from what it claims has been highly irregular interrogation practices by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) appears set to become a landmark case in the country.

This follows after the death of Teoh Beng Hock, a former reporter turned political secretary to first-term state executive councillor Ean Yong Hian Wah. He was found dead outside the Selangor office of the MACC on July 16, after being questioned overnight over claims that his boss had abused state funds.

Following the tragic incident, Mentri Besar (MB) Tan Sri Khalid Ibrahim issued a directive last July to stop some 18,000 state government staff from being interrogated by the MACC outside of office hours.

A couple of weeks later, the Attorney-General (AG) issued a summons declaring Khalid’s circular to be against the law on the grounds that it was interfering with the graft busters’ duties.

But Khalid struck back last Friday, when he filed papers at the High Court here to set aside the AG’s originating summons.

In his affidavit, which is as thick as a telephone directory, Khalid pointed out that the AG had no standing to take legal action against the state government as it was the MACC, an independent and separate statutory body, that was affected by the ruling.

The AG’s Chambers only has the power to prosecute and was, in fact, interfering with the state’s action, said lawyer Yusmadi Yusoff, who was in court today representing the PR state government.

The High Court deputy registrar fixed Sept 15 for the mention of the suit, which is now at the case management stage.

The AG will have to file his affidavits in reply.


Posted in Uncategorized | No Comments »