AMK Mencipta Sejarah! Tahniah sahabatku Shamsul!

Written by yusmadi on June 14, 2009 – 8:56 am -

Pindaan had umur Angkatan Muda KeADILan (AMK) daripada keahlian di bawah 40 tahun kepada 35 tahun ke bawah menunjukkan kepimpinan AMK di bawah pimpinan Shamsul Iskandar @ Sam mempunyai pemikiran yang ‘reformed’ dan berjiwa besar. Sebagai teman sekelas beliau, saya tahu pindaan tersebut tidak memihak kepada beliau yang akan genap 35 tahun menjelang hujung bulan Disember tahun ini. Saya yakin pemimpin yang hebat akan sentiasa meletakkan kepentingan umat melebihi kepentingan diri. Riaksi yang bercampur dapat dilihat dikalangan pimpinan AMK apabila usul tersebut diluluskan. Yang penting AMK di bawah kepimpinan Shamsul telah mencipta sejarah anak muda negara yang lebih kehadapan dibandingkan dengan Dasar Belia negara sendiri! Peristiwa semalam telah membuka lembaran sejarah baru anak muda Malaysia. Tahniah AMK! Tahniah sahabatku Shamsul! We are creating a new Malaysia!


Posted in Politics | No Comments »