Leading politicians join Malaysia Think Tank’s Cross Party Advisory Group

Written by yusmadi on February 19, 2009 – 5:09 pm -

Kuala Lumpur, 16 Feb 2009: The Malaysia Think Tank today announces the formation of its Cross Party Advisory Group (CPAG) comprising of leading politicians from different political parties.

The members are YB Datuk Nur Jazlan Mohamed (UMNO, MP for Pulai), YB Dato’ Kamaruddin Jaffar (PAS, MP for Tumpat), YB Yusmadi Yusoff (PKR, MP for Balik Pulau), YBhg Sdr Wong Nai Chee (MCA Central Committee Member) and YM Tunku Aziz Ibrahim (DAP Vice-Chair). Members are appointed in their individual capacity.

Commenting on the appointment, Datuk Nur Jazlan Mohamed said: “I am honoured and excited to be part of an organisation to help form the thinking of future generations of Malaysians. I want to share my thoughts on the values of liberal democracy and the responsibilities that freedom brings as a result to help in the formation of a true Bangsa Malaysia.”

Wong Nai Chee agreed, saying “social conditions have changed since 1957. The most difficult thing now faced by the country is formulation of policies that will be accepted by all for the next 50 years and onwards.”

Dato’ Kamaruddin Jaffar stressed that “the Malaysian political landscape is changing and I hope the Malaysia Think Tank can make positive contributions towards that change.”

Yusmadi Yusoff noted that “the cross-party model employed by the Malaysia Think Tank is very brave. I will try my best to help this ambitious organisation in their effort to make Malaysia a truly democratic country.”

Tunku Aziz, a former Vice-Chairman of Transparency International, reiterated: “There is absolutely no substitute for democratic values, principles and practices as we strive to establish our national identity as a just, caring and enlightened society.”

Malaysia Think Tank Director Tunku ‘Abidin Muhriz said: “With this we hope to show that mature debates on policy and ideas can be accomplished in a peaceful and constructive way. All the political parties these individuals belong to have contributed to the national political landscape since Merdeka. They will continue to do so, and the nature of the competition between them will determine Malaysia’s fortunes in the years ahead. We are confident that the Malaysia Think Tank will benefit from this discussion through the CPAG.”

Director General Wan Saiful Wan Jan adds: “In combination, members of our CPAG bring decades of nation-building experience to us. I am deeply humbled that they have agreed to help. The MTT as an organisation does not claim to speak on behalf of our CPAG members. We recognise that there are differences. These are political leaders of outstanding capabilities, and they will continue to play their own unique roles to improve the country via their respective parties. But we will seek their advice to develop policy ideas to make the country more prosperous and more harmonious.”


Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Hari Pertama Parlimen Sesi 2009

Written by yusmadi on February 16, 2009 – 9:14 am -

 

(gambar 1 bersama YB Azmin dan isteri)

Hari pertama di Parlimen untuk sesi 2009 amat memeranjatkan saya. Titah DYMM Yang Dipertuan Agung merangkumi banyak isu dalaman dan isu luar negeri.

Saya tetarik dengan titah baginda yang menyentuh mengenai golongan anak muda yang mewakili lebih 40% populasi penduduk negara. Baginda menyarankan agar penekanan bukan sahaja diberikan epada aspek pekerjaan tetapi juga aspek integriti, identiti diri, pembangunan insan dll.

Perenggan akhir yang saya maksudkan sebagai memeranjatkan. Baginda mengucapkan terima kasih di atas jasa Pak Lah dan menyentuh mengenai peralihan kuasa yang bakal berlaku hanya di bulan Mac. perenggan tersebut membuatkan saya terfikir sejenak akan relevansinya dan menimbulkan persoalan dan tanda tanya. Terutama sekali apabila melihatnya daripada kaca mata politik pertembungan di antara Pak Lah dan Najib. Mungkin KJ ada jawapannya!


Posted in News | No Comments »

KRISIS DEMOKRASI DI PERAK PERLU DITANGANI SECARA DEMOKRATIK

Written by yusmadi on February 9, 2009 – 3:40 am -

KENYATAAN AKHBAR
KRISIS DEMOKRASI DI PERAK PERLU DITANGANI SECARA DEMOKRATIK

Saya melihat krisis yang berlaku di negeri Perak merupakan ‘Krisis Demokrasi’ yang perlu ditangani secara Demokratik. Laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO dan parti komponen BN terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YAB Datuk Seri Nizar dan YB Karpal Singh hanya mampu memesongkan rakyat daripada isu sebenarnya iaitu “ Samada Peralihan Kuasa di Perak yg dilakukan oleh BN adalah Demokratik”.

Saya dengan penuh rendah diri mengambil sikap bertanggungjawab bahawa rakyat perlu diberi penjelasan terhadap isu sebenar. Kegagalan pimpinan politik memberi penjelasan yang sebenarnya merupakan satu penginayaan dan ketidakadilan terhadap rakyat yang menjadi mangsa apabila cita-cita demokrasi mereka telah ‘dihijack’ oleh pimpinan politik yang tak bertanggungjawab. Rakyat tidak berdosa dihukum dengan gas pemedih mata, penahanan di bawah ISA dan tuduhan menderhaka yang tidak sepatutnya dialami oleh mereka sekiranya ruang demokratik diberikan.

Pimpinan Negara, terutama yang muda perlu menunjukkan satu contoh yang lebih bertanggungjawab dengan mneyelesaikan krisis tersebut dengan wadah yang mengambarkan kedudukan Malaysia yang sudah merdeka lebih 50 tahun. Rakyat sudah bijak. Yang diperlukan ialah wadah dan ruang yang demokratik bagi rakyat membuat penilaian tanpa sogokkan maklumat yang berat sebelah dan tidak bertanggungjawab.

Oleh yang demikian itu, saya mencabar Pimpinan Pemuda UMNO dan BN untuk berdebat secara terbuka untuk rakyat menilai. Saya yakin Debat Terbuka merupakan wadah demokratik bagi meyelesaikan ‘Krisis Demokrasi’ yang sedang di alami di Perak. Saya yakin sekiranya Demokrasi yang kita dambakan, maka pendekatan yang Demokratik perlu digunakan.

Yusmadi Yusoff
Ahli Parlimen Balik Pulau
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang


Posted in Press Statement | 4 Comments »

Sumbangan Anak Muda terhadap Demokrasi Pilihanraya Negara

Written by yusmadi on February 8, 2009 – 3:32 pm -

Krisis di Perak telah mengerah tenaga dan pemikiran saya untuk memahami apakah latar sejarah di sebalik kejadian tersebut. Saya telah mengambil buku karya Joseph M. Fernando ahli sejarah dari Universiti Melaya bertajuk The Making of the Malayan Constitution yang diterbitkan pada tahun 2002 oleh The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS).

Di muka surat 12 saya mnejumpai perenggan yang amat menarik perhatian yang boleh kita jadikan asas bagi memahami latar sejarah Demokrasi Pilihanraya di Malaysia. “The High Commisisoner had to overcome the reluctance of the Malay Rulers to the introduction of elections. [nota kaki] “Minutes of 10th Conference of Rulers, 22-23 February 1950. The Sultan of Kedah, for example, expalained his reservations on the introduction of elections: “The most important prerequisite for democracy is education … Without enlightened public opinion a democratic system of Government will be liable to unsteadiness or even confusion and chaos. One danger is that it may be transformed into a single party government through a few skilled electioneers working among the apathetic population and this will work towards dictatorship.

Walaubagaimanapun Sir Gurney tidak bersetuju dengan hujah tersebut malah masih mahu meneruskan agenda pilihanraya Perbandaran pada tahun 1951. Yang menarik perhatian saya ialah alasan yang beliau gunakan, iaitu:

Minutes of Conference of Rulers, 22-23 February 1950. Gurney told the Rulers: “I do not wish to pursue this matter further this morning, but I would like to see Municipal elections soon. If we were to go round the schools in this country, we should find that the views of the young people [emphasis added] are that they want elections.   

Berdasarkan fakta di atas saya yakin bahawa kerisauan 50 tahun dulu oleh YM Sultan Kedah bahawa tidak terdapat englightened public opinion mungkin terjawab dengan perkembangan pendidikan dan kecanggihan teknologi maklumat kini yang dapat kita lihat melalui blog, facebook dan sebagainya.

Saya yakin Anak Muda “the young people” istilah yang digunakan kira-kira lima puluh tahun lalu akan sekali mampu menyelesaikan krisis Demokrasi negara kita. Generasi Y yang wujud selepas Generasi X kini telah mendapat ‘pencerahan’ ataupun ‘enlightenment’ selepas 8 Mac 2008 akan mampu memastikan demokrasi di Malaysia subur dan kerisauan ”dictatorship” seperti yang digambarkan itu akan berlkau sekiranya krisis di Perak dibiarkan sebegitu sahaja.

Ayuh Anak Muda cipta sejarah demokrasi seperti yang pernah anda lakukan lebih 50 tahun dulu! You are the maker of Malaysian Democracy!


Posted in Politics, Uncategorized | No Comments »

Siaran Langsung Hujah di TV9

Written by yusmadi on February 3, 2009 – 10:32 am -

Disiarkan secara langsung melalui TV9!
Program: Hujah
Tarikh: 3 Feb 2009
Masa Siaran: 9.30 hingga 10.30
Call time: 8.15pm (ruang untuk berbincang dan bersedia)
Tajuk: Selepas Terengganu, adakah kita mengarah kepada system dua parti?
Panel: YB Dato’ Saifuddin Abdullah
YB Yusmadi Yusoff
Prof Mohamad Mustaffa Ishak
Pengerusi: Dr. Mohamad Agus Yusoff
Dress Code: Smart Casual
Tempat Siaran: Dewan Sri Budiman, UITM

PEJABAT YB YUSMADI


Posted in Featured Article, News | 5 Comments »

KENYATAAN AKHBAR BERKENAAN PECEROBOHAN DAN PENGABAIAN

Written by yusmadi on February 3, 2009 – 9:16 am -

KENYATAAN AKHBAR

PECEROBOHAN DAN PENGABAIAN BANGUNAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG OLEH KEMAS DAN UMNO, BALIK PULAU

Saya berasa amat kesal di atas tindakan oleh pimpinan UMNO Balik Pulau yang memutarbelitkan fakta kejadian yang kononnya pihak Pakatan Rakyat telah tidak membenarkan penggunaan bangunan kerajaan negeri di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau untuk kegunaan pendidikan Tabika Kemas seperti yang dilaporkan di media utama tempatan pada 3.2.2009.

Sebagai penjelasan terhadap kekeliruan fakta saya sertakan dibawah kronologi peristiwa sebelum berlakunya seperti yang dilaporkan. Read more »


Posted in Politics, Press Statement | No Comments »