Freedom Has no History

Written by yusmadi on October 30, 2008 – 2:43 am -

Semalam saya dan kesemua MP dari KeADILan dijemput menhadiri makan malam dan sessi bersama dua tokoh intellektual Prof. John Voll dan Dr. Munawar Anees. Prof. John Vollkh tokoh yang saya kenali ketika membantu DSAI di Pusat Kefahamam Islam dan Khristian Prince Al Waleed di Universiti Georgetown di Washington D.C. pada tahun 2006-2007. Prof. Vollkh menyatakan bahawa keperluan dialog antara agama yang bukan hanya bersifat dialog semata-mata malah perlu ketahap ‘conversation’. Aspek pluralisme perlu difahami oleh pemimpin-pemimpin sekarang memandangkan cabaran “religion in politics or politics in religion”.

Dr. Anees pula membangkit bagaimana DSAI berjaya membawa KeADILan kesuatu tahap hari ini walaupun mengalami pelbagai rintangan. Yang beliau tegaskan ialah bagaimana terbentuknya sebuah parti yang menjadikan ‘KEADILAN’ sebagai nama, simbol dan jenama yang nyata menggambarkan falsafah perjuangan parti tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa ‘justice’ dan ‘freedom’ adalah sesuatu yang sinonim. Yang menarik perhatian saya ialah bagaimana beliau menjelaskan bahawa ‘Freedom Has no History’ yang dijelaskan bagaimana beliau tidak boleh menjelaskan bagaimana beliau boleh dianggap ‘Now I have freedom compared to last ten years”. Bagi beliau ‘freedom’ ataupun kebebasan yg dinafikan kepada beliau selama ini hanya tinggal sejarah. Freedom ia about ‘present’ not ’past’.


Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Perpustakaan & Maruah Politik (Political Dignity)

Written by yusmadi on October 28, 2008 – 7:33 am -

Pagi tadi saya menghadiri rayuan kes Dr. Munawar Anees di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Selepas selesai hujahan peguam hebat Manjeet Singh Dhillon, saya berbual singkat dengan Dr. Munawar mengenai beberapa isu politik dan intelektual global dan tempatan. Beliau menyatakan kehairanan beliau terhadap pemimpin Malaysia. Menurut beliau, boleh dikatakan setiap Presiden Amerika Syarikat membina perpustakaan semasa dan selepas pentadbiran mereka seperti Bill Clinton, Carter dengan Carter Centernya, Hoover dengan Hoover Institutionnya. Tetapi tidak di Malaysia. Bagi pemimpin Malaysia Perpustakaan Negara adalah perpustakaan yang sudah baik. Kemudian saya, Ekmal (setiausaha akhbar DSAI) dan Pak Ibrahim (Ketua Staff DSAI) berhenti minum di tempat makan di Tasik Putrajaya berhadapan dengan pejabat Perdana Menteri. Lihat kata beliau, bangunan mahal tetapi tidak mempunyai nilai seni, berbanding dengan tempat lain. Saya mencelah, Prof. Gerhard Casper (mantan Presiden Universiti Stanford) ada berkongsi pengalaman dengan saya bagaimana beliau sendiri terlibat menilai pelan-pelan cadangan bangunan yang nak dibina di sekitar Stanford bagi mempastikan tempat tersebut mempunyai nilai senibina yang membanggakan seperti yang dapat kita lihat sekarang dengan hasil karya Rodin menghiasi kampus.  

Kemudian Dr. Anees menjelaskan bagaimana negara kita sudah kehilangan ‘maruah’ (dignity) di dalam sistem politik. Sistem kehakiman dan perundangan yang memalukan terutama di dalam kes DSAI dan kes beliau yang sehingga sekarang memakan masa lebih 10 tahun tanpa beliau diberi peluang mengemukakan ’merit’ kes. Kebetulan saya sedang menelaah karya Ian Shapiro, bertajuk The Moral Foundations of Politics bagi memahami diskusi Asas Moral Politik.


Posted in Uncategorized | 2 Comments »

e-MP

Written by yusmadi on October 27, 2008 – 1:00 pm -

Semalam saya bertemu teman yang diperkenalkan kepada saya oleh Pak Khalid (mantan Setiausaha Akhbar Dato’ Anwar Ibrahim, sekarang Ketua Perhubungan Negeri Melaka) ketika di period awal Reformasi. Pertemuan pertama di KLCC kira-kira 5 tahun lalu berpanjangan sehingga sekarang. Beliau sekarang merupakan CEO kepada sebuah syarikat terkenal di rantau. Jailani mempunyai pengalaman sebagai Consultant kepada perunding terkenal Accenture Consulting yang bertanggungjawab meng’turnaround’ beberapa syarikat ternama di rantau ini. Memandangkan saya tidak mempunyai pengalaman saya tanpa segan silu meminta khidmat beliau untuk menasihati saya bagaimana cara terbaik untuk saya berfungsi sebagai seorang MP. Beliau dengan panjang lebar menjelaskan bagai mana kaedah yang digunakan beliau boleh diapplikasikan oleh saya sebagai MP. Beliau berjaya meyakinkan saya dengan ‘formula’ beliau. Maka tunggulah kelahiran e-MP dalam masa terdekat …


Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Ucapan Perbahasan Bujet 2009

Written by yusmadi on October 22, 2008 – 10:15 am -

Sudah 2 hari saya menunggu giliran untuk berbahas Ucapan Bajet 2009 oleh Pak Lah. Sekarang pukul 6.15 petang, saya masih menuggu giliran. Menteri Parlimen, Datuk Nazri Aziz telah membuat permohonan untuk sesi hari ini di lanjutkan sehingga jam 9.30 malam seperti semalam. Sabar … pepatah Inggeris ada mengatakan “Liberation is a tough job”…


Posted in Uncategorized | No Comments »

Salam Persahabatan

Written by yusmadi on October 20, 2008 – 7:17 am -

Hari ini merupakan hari pertama saya menggunakan blog pribadi saya blog.yusmadi.com yang dibuat oleh rakan saya Saudara As Design Associate di Biro Strategi dan Hubungan Antarabangsa. Seorang anak muda yang membanggakan negara kerana di umur yang muda sudah berkorban masa untuk perjuangan demi masa depan negara. Nantikan perlancaran Biro tersebut dalam masa terdekat …


Posted in Uncategorized | 1 Comment »